Thursday 28 April 2011

Seadanya Aku

Tak dapat ku kotakan
seperti yang sudah~sudah
Bagai memetik butir bintang
Yang jauh tampak terang
Tak sanggup ku mungkir dalam sayang

Tak mampu kuberikan
Mimpi di luar jangkauan
Terimalah yang setulusnya
aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketelusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu.

Istana yang ku bina
Biarpun kali kedua
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu

Tak seperti dulu...

Belajar untuk Bahgia

Bismillahirrahmanirrahim...
Selalu mulakan blog memang mulakan dgn sebut nama Dia dulu. Hari ni baru tiga paper habis ada lagi dua paper nak tempuh. semoga Allah beri kekuatan tuk tamatkan exam sem ni hingga ke hujungnya, ameen. Selama bernafas di atas bumi tuhan 20 tahun lamanya banyak pengajaran, pengalaman, peringatan serta kenangan yang terpahat di hati. Dari semua rojak yang ada tadi rasanya ada tiga perkara yang membantu kita hidup kita bahagia di bumi tuhan yang indah ini. 
Bersyukurlah dengan segala nikmat dan kurnia yang Allah telah berikan kepada kita. memang kadang-kadang sifat manusia ini selalu lupa, selalu leka dan perlu diingatkan terhadap semua yang kita nikmati. Sama juga dengan admin, terkadang alpa dengan indahnya dunia namun admin belajar untuk bersyukur. Apabila kita bersyukur nescaya Allah akan tambah nikmat kita, tiada lagi rasa hasad dengki dalam hati, tiada lagi rasa kecewa, rasa sedih dengan keadaan diri. 
Memaafkan adalah satu sifat yang terpuji. Dalam kita melangkah di dunia yang penuh pancaroba kekhilaafan sering terjadi. Apa jua kesalahan yang kita lakukan mintalah kemaafan dari Allah kerna Dia Maha Pengampun. Begitu juga dengan sesama manusia, bila kita memaafkan seakan beban dalam hati akan terlepas hati pun tak sakit lagi. Nabi kita muhammad s.a.w lagi sangat pemaaf apatah beliau adalah teladan umat sepanjang zaman. Fikir-fikirkanlah.
Seterusnya redha atas semua ape yang kita terima dalam hidup ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kerna Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Allah takkan berika apa yang kita mahu tapi Dia akan beri apa yang kita perlu. Allah tidak akan uji hambanya pada sesuatu yang hambanya tidak mampu, Apabila kita diuji maknya Allah sayangkan kita, Allah nak kita ingat pada Dia. Pandang sesuatu perkara itu dalam banyak sudut, pasti kau akan temui hikmah disebaliknya.

~bunga Tanjung~

Tuesday 26 April 2011

BERDOALAH TANPA RASA RAGU

Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hambaNya yang terpilih.
Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.
Manusia hanya merancang kebahagiaan, Allah jualah yang menganugerahkannya.
Bertenang dan menyerah dirilah kepada Allah..


Sebagai hambaNya, kita harus yakin yang Allah sentiasa lakukan semua perkara dengan betul. Cara Allah sentiasa cara yang terbaik. Even kelihatannya maybe salah apabila kita memohon sesuatu, tetapi kita dapat sesuatu yang lain.
Percayalah, Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. 
Allah takkan pernah gagal memenuhi permintaan kita. 
Berdoalah tanpa rasa ragu-ragu. 
Yakinlah bahawa Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepadaNya.

Bila tiba bab hati & perasaan

Memang...
Bila tibanya bab hati dan perasaan seorang nisa akan menjadi sgt tidak matang,
Bila tibanya bab hati dan perasaan seorang nisa jadi tak keruan,
Bila tibanya bab hati dan perasaan seorang nisa akan jadi berantakan,
Namun..
Dia dengan penuh sabarnya datang menenangkan,
Dia dengan penuh tekun akan mendengarkan,
Dia dengan penuh tertib pasti menerangkan,
Yang pasti tiada apa yang dapat ku janjikan,
Kerana cinta ini milik TUHAN,
Saat ini terdetik di hati,
hanya kau yang aku nanti...


~bunga Tanjung~

7 kalimat untuk diamalkan

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walaupun seluas lautan.


1) Menyebut Bismillah pada tipa-tiap melakukan sesuatu
2) Menyebut Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu
3) Menyebut Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4) Menyebut Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu pada hari esok
5) Menyebut La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tidak disukai dan tidak diingini
6) Menyebut Inna lillahi wa inna ilaii rajiun jika menghadapi dan menerima musibah
7) Menyebut La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.


Amalkan selalu supaya menjadi kebiasaan dan menjadi rutin harian.


~bunga Tanjung~

Monday 25 April 2011

PENAWAR HATI





-anggerek hutan-

Mari Belajar Doa

'Doa Pembuka 12 Pintu'



Maksudnya: Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Sumber : Datuk Dr Fadilah Kamsah


Pencuci mulut: Selamat Beramal Sahabat


~bunga Tanjung~


Minggu Peperiksaan...!!!!

Selamat Maju Jaya Semua...ngeee~~



There's a will, there's a way..(^_^)



Go.. go.. Chayok...!!! 

~bunga Tanjung~

Sunday 24 April 2011

KELABU

Ku buka mata
Yang kulihat kabur
Kelabu mendung menghadang pandanganku
Payah bagiku mencari cerah
Kerna cerah menjauh
Pergi tak sudi buatku

Semakin lama semakin hening
Suasana kacau

Terpapar gah di layar
Warna-warna kacau
Warna-warna noda
Yang merenggut batinku ini
Yang menekan dadaku ini
Yang menghirup manis ruangan hidupku
Sukar bagiku bernafas
Aku sesak
Aku lemas
Aku hilang arahku
Ku kenangkan perihal diriku
Selayaknya warna itu adalah aku
Kacau bilau
Semak kotor kelabu
Jangan pergi cerah
Jangan menjauh
Terangi aku
Hilangkan kelabu
Belengguku ini

KERNA CINTAKU



Salahkah aku kerna telah jatuh cinta?
Salahkah aku kerna mencintai?
Salahkah aku kerna terlalu mencintai dia?
Bukan aku yang meminta
Tetapi dia yang hadir bersama ikhlas senyumannya
menyapa hatiku dengan cintanya
Dia mengetuk hatiku dengan cintanya
Dan dia jugalah yang menutup mataku dengan cintanya

Bersalahkah aku ini
Setelah beberapa ketika aku buta
Setelah jujur dan setia yang kau pinta aku tunaikan
Setelah angan dan impian kau ajarkan
Wujud si dia
Meminta belasku
Jikaku tahu pondok bertuan
Tidak aku menumpang teduh
Apalah dayaku ini
Setelah kini aku semakin buta
Tiada arah tiada daya tiada jalan lagi
Aku hilang dalam ramai
Aku buta dalam celik
Aku kehausan dalam air

Pada siapa harus ku sandarkan kesedihan ini?
Aku kau jadikan sebagai hiasan
Cuma pelengkap gayamu
Setelah kau merencana segalanya
Kini kau diam
Membiarkan aku
Tanpa sebarang penjelasan
Kau patung
Kau bertopeng
Egomu setinggi Kinabalu
Diriku kau pandang di kaki gunungmu
Cuma sekilas
Dahulu kita
Kini aku
Engkau

SEBUAH PERJALANAN

perjalanan ini
Terasa
seperti beku

Langkahku
kaku walau jasadku maju

Perjalanan ini
Membasuh diriku

Yang penuh debu
Penuh lumpur hanyir
Di perjalanan ini
Aku mencari
sinar

Aku mencari
noktahnya dosa ini
Aku mencari air membasuh lumpur ini
Bantulah aku Tuhan
Bicaralah
Engkau kepadaku Tuhan

Adakah
perjalanan ini
Menghapus
hinaku?

Adakah
perjalanan ini
Mengubah
hinaku?
Dosa
itu..yang tidak terampunkan
Bicaralah
Engkau kepadaku Tuhanku
Bicaralah
Engkau akan hisabku
 
Sepanjang
perjalananku ini
Hampir
ku temu sinar itu
Namun
ku hilang langkah yakinku

Yang
tinggal hanya seribu kesalku

Ku
gagal menoktahkan dosaku

KENAPA PEREMPUAN MUDAH MENANGIS?

Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dala...m perhubungan.     Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"   Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."   "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.   Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"     Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"   "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.   "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."     Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:   "Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.   Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.   "Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.   "Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.   "Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.   "Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.     "Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?   "Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.   "Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."  

ANDAINYA LELAKI TAHU..

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.   Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia le...mah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.   Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.   Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.   Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.   Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.   Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.   Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.   Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.   Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.   Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.   Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.   Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.   Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.